Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pelawat-pelawat laman web yang dihormati.
Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
laman web ini dapat disediakan dengan jayanya.
Bagi saya ia merupakan rahmat yang tidak terhingga kepada kami setelah
bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan laman web Majlis Daerah Kerian yang
terbaik dan terkini serta berinformasi.
Ruangan ini bukanlah sesuatu yang baru kerana penerokaan
dalam bidang ini telah lama wujud dan kepesatannya begitu drastik selaras dengan
perkembangan ilmu dunia yang giat berkembang dan pihak pengurusan MDK akan
meneroka kaedah-kaedah dan formulasi baru sejajar dengan perkembangan
tersebut.
Melalui laman web pihak luar boleh mendapatkan pelbagai
maklumat yang berkaitan dengan mudah. Di samping itu, pelawat-pelawat juga dialu-alukan untuk memberi
sebarang komen dan pendapat serta cadangan yang boleh memberi faedah bersama.
Semoga dengan adanya kemudahan ini ia dapat menjadi
mekanisme penghubung kepada pihak pengurusan dan pihak luar dalam menyampaikan
dan menerima maklumat.
( ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN PMP, AMP,PPT
)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian.