Majlis
Daerah Kerian (MDK) diketuai oleh Yang Dipertua dan 23 orang Ahli
Majlis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan
peruntukan Seksyen 10 Akta 171 yang berkhidmat untuk jangkamasa
1 tahun.
Ahli-ahli
Majlis yang dilantik ini bertanggungjawab menggubal dasar-dasar,
memperakukan penggunaan Undang-undang Kecil dan seterusnya mengawasi
perjalanan jentera pentadbiran.
Pentadbiran
MDK diketuai oleh Setiausaha Majlis selaku Ketua Pentadbiran dengan
disokong oleh lapan (8) Bahagian utama.