DASAR KUALITI

Komited kepada semua keperluan pelanggan melalui perkhidmatan yang berkualiti bagi kehidupan yang selesa dan harmoni ke arah mencapai wawasan negara mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

MS ISO 9000

Segala impian menjadi kenyataan. Detik sejarah telah tercipta pada 24 Oktober 2000 kerana pada tarikh tersebut Majlis Daerah Kerian (MDK) telah dianugerahkan sijil MS ISO 9002:1994. Pencapaian ini amat bermakna kepada seluruh pengurusan MDK memandangkan proses persijilan tersebut telah dimulakan sejak tahun 1997 lagi. Persijilan tersebut merangkumi tiga proses utama iaitu Kawalan Pembangunan, Kawalan Perniagaan dan Pengurusan Cukai Harta.

Dengan persijilan ini secara tidak langsung Majlis Daerah Kerian dapat memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa perkhidmatan yang diterima adalah berkualiti. Diharapkan dengan penganugerahan ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan awam MDK di samping memberi cabaran kepada semua kakitangan untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun pencapaian ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa kerjasama dari pelbagai pihak terutama jabatan kerajaan serta swasta yang sentiasa berganding bahu dengan MDK. MDK akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan sistem kualiti sentiasa mematuhi standard keperluan MS ISO 9002:1994


|Laman Utama |Aduan Awam |Berita dan Pengumuman |Bandar |Pengenalan |Perutusan YDP |Ahli Majlis |Wawasan/Matlamat/Objektif
|Pengurusan MDK |Carta Organisasi |Bahagian |Dasar Kualiti |Bandar/Pekan |Rekreasi/Pelancongan |Perancangan Pembangunan|
|Garis Panduan |Sejarah| |Jaringan| |Kalender| |Soalan dan Jawapan|