Menghadapi
cabaran globalisasi dengan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan Majlis Daerah Kerian sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan
yang berwibawa.
Memajukan
kawasan perbandaran melalui penekanan kepada sektor perindustrian,
perkhidmatan dan pelancongan di samping sektor pertanian dan perikanan
sebagai sokongan.
Menjadikan
masyarakat bandar sebagai masyarakat berilmu dengan nilai dan budaya
tempatan sebagai acuan pembangunan dan pertumbuhan.