Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelawat-pelawat laman web yang dihormati,
Syukur
alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya laman web ini dapat disediakan dengan
jayanya. Bagi saya ia merupakan rahmat yang
tidak terhingga kepada kami setelah
bersungguh-sungguh dalam usaha menjadikan laman
web Majlis Daerah Kerian yang terbaik dan
terkini serta berinformasi.
Ruangan ini
bukanlah sesuatu yang baru kerana penerokaan
dalam bidang ini telah lama wujud dan
kepesatannya begitu drastik selaras dengan
perkembangan ilmu dunia yang giat berkembang dan
pihak pengurusan MDK akan meneroka kaedah-kaedah
dan formulasi baru sejajar dengan perkembangan
tersebut.
Melalui laman
web pihak luar boleh mendapatkan pelbagai
maklumat yang berkaitan dengan mudah. Di samping
itu, pelawat-pelawat juga dialu-alukan untuk
memberi sebarang komen dan pendapat serta
cadangan yang boleh memberi faedah bersama.
Semoga dengan
adanya kemudahan ini ia dapat menjadi mekanisme
penghubung kepada pihak pengurusan dan pihak
luar dalam menyampaikan dan menerima maklumat.
( ISMAIL BIN HASSAN, ACM )
Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian.
|