|
BANDAR PARIT BUNTAR |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sejarah nama Bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar. | Mercu tanda (landmark) bagi bandar Parit Buntar adalah Menara Jam yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar. Menara jam ini telah dibina pada awal tahun 1961 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 24 Ogos 1961. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kedudukan bandar ini terletak di Utara Daerah Kerian dan merupakan bandar yang bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah Darul Aman dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bandar ini juga menjadi destinasi membeli belah yang menawarkan yang harga "competative". Bandar ini menjadi tumpuan utama untuk penduduk di Utara Perak, Seberang Prai Selatan dan Kedah Selatan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Parit Buntar memainkan peranan penting sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan di wilayah utara. Di bandar ini terdapat cawangan-cawangan institusi kewangan utama. Terdapat banyak klinik-klinik perubatan, perkhidmatan auto mobil, elektrik dan sebagainya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bandar Parit Buntar terkenal dengan pasar minggunya yang dianggap terbesar di kawasan Utara. Ianya dibuka pada setiap hari Jumaat mulai jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Terdapat sebuah kawasan industri seluas 88.42 hektar yang mempunyai 28 buah kilang utama. Terkenal dalam pengeluaran perabot kayu, rotan dan tekstil. Pembungkusan hasil marine dan kereta mainan kawalan jauh. Antara kilang-kilang yang terkenal ialah Poh May Craft, Nikko Elektronik, Tanako dan Hunza Marine Product. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|Laman Utama |Aduan Awam |Berita dan Pengumuman |Pengenalan |Perutusan YDP |Ahli Majlis |Wawasan/Matlamat/Objektif |Pengurusan MDK |Carta Organisasi |Bahagian |Dasar Kualiti |Rekreasi/Pelancongan |Bandar/Pekan| | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||